Sunday, June 10, 2012

syunk ko sowng..=)

aq de sseowg yg aq sygg gilak lh...die beik..fham aq..n everything de at die...hehe..
n die sebaye je nn aq..tpy lein sklh lh..tu yg x best ue..hemm..xpelh..yg pntng aq sygg die..haha..:D

Thursday, December 15, 2011

Cinta sejati akan hadir tidak dijangka #

Erti cinta sejati? Banyak kisah yang terjadi apabila seseorang itu ingat takdirnya adalah bersama dengan si dia, namun akhirnya bersama dengan orang lain. Cinta sejati akan hadir pada keadaan yang tak pernah kita jangka dan kadangkala ia membuatkan kita rasa sukar untuk meneruskan hidup. Jika anda miskin, anda mungkin akan dapat cinta dari orang kaya. Jika anda kaya, anda mungkin akan jatuh cinta pada orang yang miskin. Jika anda hodoh, anda mungkin akan dapat cinta dari orang yang cantik atau kacak. Kebenaran ini tidak dapat disangkal kerana ia adalah kuasa Tuhan. Oleh itu, percayakan pada jodoh anda kerana tiada perkara yang mustahil boleh berlaku dalam menemukan cinta sejati. Cinta adalah perkara yang sukar untuk di ramal. Setiap manusia mempunyai keinginan mereka yang tersendiri. Hati anda sentiasa mencari jalan untuk melunaskan keinginan yang berbuku di dalam hati. Di sebabkan itu, apabila anda terjumpa dengan seseorang yang berjaya memenuhi semua keinginan di hati anda, anda akan jatuh cinta pada orang tersebut secara tidak sengaja. Pernahkan anda berasa terkejut dengan cinta yang hadir pada anda? Seolah-olah anda telah menemukannya si dia? Cinta sejati tidak perlu di pupuk atau berpura – pura kerana ia menguasai hati anda secara menyeluruh dengan cepat. Cinta sejati boleh di peroleh dari sesiapa sahaja kerana ia adalah satu kuasa yang misteri. Anda boleh jatuh cinta pada sahabat baik anda. Anda boleh jatuh cinta pada orang yang anda tidak kenal. Anda boleh jatuh cinta pada orang yang selalu anda jumpa. Oleh itu, berusahalah untuk memahami cinta sejati, pasti anda akan menemukan jodoh anda. Oleh kerana cinta sejati boleh hadir dengan tiba – tiba, janganlah anda menerima cinta dari seseorang yang anda rasa tidak boleh memberi anda cinta sejati. Kelak anda akan rasa menyesal nanti kerana terpaksa memlih antara dua. Jelas bahawa cinta sejati adalah cinta yang spontan. Cinta sejati yang sebenarnya adalah tidak mengenal rupa, tetapi perasaan itu lahir dari hati yang membuatkan anda menyukainya. Bila bertemu cinta, usahalah untuk tidak buta, walaupun peribahasa mengatakan ‘cinta itu buta’. Hakikatnya, buta pada hati adalah perkara yang berbahaya kerana cinta sejati memerlukan cahaya dari dalam jiwa untuk mencintai si dia. Pastikan anda bezakan isi hati dengan rupanya. Nilailah keinginan cinta yang anda temukan dan cari keinginan suci ‘chemistry’. Cinta sejati yang sebenar adalah amat indah, dan jauh dari apa yang ramai sangkakan. Pernahkah anda merasakan cinta yang dimiliki oleh pasangan bahagia yang telah uzur? Walaupun usia dimamah masa, cinta sejati yang suci milik mereka tetap bersinar dan terpelihara. Oleh itu berusahalah untuk menemukan cinta sejati anda. Fahamilah situasi cinta sejati yang anda inginkan itu untuk meneruskan hidup berdua. Mengenali cinta sejati? Tahukah anda, cinta itu adalah perasaan jiwa yang semulajadi. Ia adalah fitrah dan anugerah yang telah menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud hanya bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu bersertakan emosi dan suasana yang gembira. Oleh itu dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia sering menghadapi krisis nilai. Ramai insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh bagi mencapai keinginan tinggi cinta itu. Berbalik kepada isu buta cinta tadi, akibatnya ramai yang kabur dan gagal dalam menilai cinta. Namun, bagi yang bijaksana, mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya, yang lahir dari hati, yang bergelar cinta sejati. Insan sebegini adalah hidup dalam keadaan bersih dan penuh taqwa.Cinta sejati yang sebenar-benarnya adalah suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna, jika tidak ia akan menjadi cacat. “Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”

Thursday, December 8, 2011

Selamat Tinggal Sahabat #

Aku menatap lelah ke arah rembulan, bertengger di batang pohon besar itu. Aku menunggumu dalam sepinya malam. Kaupun tiada pernah datang hingga sang mentari menyalami bumi. Biasanya kau akan mencari bintangmu dalam hamparan ribuan bintang, bintang terang itu datang malam tadi, tapi dirimu tak pernah muncul. Akh... ada apa denganmu, sahabatku... Tak biasa kau mengingkari janjimu seperti kemarin. Mentari menyadarkanku untuk pulang, sebelum sapaan panasnya membuat tubuhku terbakar. Aku mencarimu sebelum siang, dan berita tentangmu datang mengenaskan, kau pergi sahabat? kenapa? kenapa kau meninggalkanku? kenapa semua impian kita harus tertunda disini? Akh... tapi apa daya, aku tak bisa menghentikan tangan Tuhan untuk menarikmu kembali. aku tak bisa memarahi Dia karena mengambilmu, sahabat mungkin jika kita tidak saling berjanji untuk melihat bintangmu, mungkin pagi ini aku tidak akan berpakaian duka, berdiri di depan makammu. Aku masih bisa melihat tatapanmu yang lembut, dan tawamu yang hangat. Akh... sahabat... bilalah Tuhan mengijinkan kita bertemu terakhir kali, aku akan menghabiskan waktu bersamamu seindah mungkin, hingga akan terkenang selamanya... Selamat tinggal sahabat....

Suatu Petang #

Suatu petang yang damai.. Di sebuah Taman Tasik yang dipenuhi orang awam yang datang beriadah.. Kelihatan sepasang kekasih sedang ber'dating'.. Seth : Hai awak.. maaf sebab lambat.. Nora Elena : Janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa? Seth : Alaaa.. Relaks la.. Lambat sikit je pun.. Nora Elena : Sikit apa? 30 minit saya tunggu awak tau.. Seth : Awak... Kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia.. kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita… Nora Elena : Hhhmm.. Nak jadi ustaz la pulak.. Seth : Awak.. Kenapa pakai baju macam ni? Nora Elena : Khas untuk awak tengok la.. Baru beli kelmarin.. Seth : Eh.. Kalau saya yang pakai baju fit, mungkin la ada rasionalnya sebab badan saya tough.. Hehe.. Tapi saya tak nak la pakai ketat-ketat.. Sesak nafas.. Nora Elena : Saya pakai macam ni pun untuk awak ja.. Saya masih pakai tudung tau.. Seth : Awak.. Tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuk badan. Stokin kena pakai. Aurat tu mahkota wanita, khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat saya. Sebab saya belum sah jadi suami awak. Nora Elena : Hmmm.. Yelaa... Seth : Saya ingat nak bawa adik saya tadi.. Dapat dia teman kita sambil jumpa bakal kak ipar dia ni.. Nora Elena : Alaaa.. Nak dating pun awak masih nak bawa orang lain join kita? Kacau daun la nanti.. Seth : Awak.. Tak manis kita berdua je.. Sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap. Apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita.. Awak tak segan ke? Nora Elena : Ermmm.... Seth : Family awak tak marah ke keluar jumpa saya ni? Nora Elena : Diorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot.. Seth : Takkan tegur sikit pun tak? Yela.. Kita asyik dating je. Nora Elena : Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap je! Tak perlu guna alasan family saya ok! Seth : Saya bukannya bagi alasan. Kita dah lama couple tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa saya dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala.. Agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berduaan kat taman ni diberi apa ye? Nora Elena : Err.. Cukup! Awak ni kenapa? Dah banyak berubah saya tengok. Dah tak sayang saya ke? Ke dah ada perempuan lain? Jawablah! Seth : Memang saya dah banyak berubah… Saya sering lalai ingat pada Allah.. Allah beri macam-macam nikmat pada saya tapi saya buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau awak tak balas mesej saya sebab merajuk dengan saya, saya dah gelabah.. Tapi bila saya dapat rasa yang saya jauh dari Allah, saya buat biasa je… Allah masih lagi sayangkan saya… Allah beri nikmat kasih & sayang dari awak. Saya bersyukur dapat kenal awak tapi malangnya awak tak menjaga saya sebaiknya. Awak tak sepatutnya mulakan semua ni dulu.. Saya nak kembali kepada fitrah sebab ingin berubah. Saya memang ada perempuan lain. Dah lama saya ada perempuan lain tapi saya baru perasan kehadiran perempuan yang amat saya sayangi tu. Saya amat sayangkan mereka. Nora Elena : Mereka? Sampai hati awak! Dasar playboy! Seth : Saya memang ada perempuan lain. Ibu saya yang lahirkan saya. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada saya. Dia jaga saya dengan sebaiknya. Tapi bila saya dah besar, saya tak jaga dia pun. Saya sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan & nak jumpa awak. Ibu selalu pesan macam-macam tapi saya tak dengar pun. Saya dengar cakap awak je. Bila awak merajuk dengan saya, saya pujuk beriya-iya. Tapi bila ibu terasa hati dengan saya, saya cakap “entah pape la ibu ni”. Kalau dengan adik & kakak, lagi teruk saya layan.. Kejamnya saya.. Saya sayangkan awak, tapi.. Nora Elena : Tak payah nak tipu! (Nora terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Seth pada dirinya…) Seth : Saya sayang awak… Disebabkan saya sayang awak, saya nak lepaskan awak. Saya tak nak awak terus hanyut dengan saya. Kita buatlah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. Saya nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut dengan duniawi… Nora Elena : Awak!! Kenapa sekarang??? (Air mata Nora mula menitis di pipinya..) Seth : Kerana Hidayah dari Allah tak datang selalu. Hanya datang pada orang yang dipilihNya. Saya taknak nanti Allah tarik balik hidayahNya ini. Nora Elena : Saya sayang sangat kat awak.. (Nora mula mengesat air matanya…) Seth : Allah lebih sayangkan awak dan amat sayang pada kita… Nora Elena : Awak... Tak kesian kat saya ke? Seth : Saya lebih kesian pada awak jika awak diseksa di akhirat nanti kerana saya. Saya tak mampu nak tolong awak lagi pada waktu itu.. Saya minta maaf teramat sangat.. Saya terpaksa lepaskan awak kerana Allah… Biarpun sekarang awak tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, awak akan faham juga nanti. Terima kasih untuk segalanya.. Jaga diri awak sebaiknya untuk Allah.. Assalamualaikmum... (Seth melangkah pergi dengan sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Nora yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata jantan Seth akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT)

Suatu masa #

kalau satu masa saya tak bersama awak lagi di sisi awak, saya nak awak tahu, saya sentiasa ada di hati awak.. kalau satu masa saya cakap saya bencikan awak, saya nak awak tahu, saya sedang merajuk dengan awak... kalau satu masa saya cakap saya cintakan awak...... 2 maksudnya.... saya memang betul2 sayangkan awak...

Friday, August 19, 2011

C I N T A S E J A TI


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.

Friday, January 28, 2011